Tamu putatan yang dulunya terletak di berdekatan jalan utama Putatan-Kota Kinabalu telah dipindahkan bagi memberi ruang pembangunan baru di Pekan Putatan. Putatan yang terletak lebih kurang 13km dari pusat bandar adalah salah satu persingahan pelancong kerana kedudukan Pekan Putatan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Perpindahan Tamu Putatan ialah bagi memberi ruang untuk pembangunan baru di Pekan ini. Tapak baru sementara untuk Tamu Putatan terletak di belakang Dewan Sri Putatan, Pasir Putih.
Ruang parkir yang cukup dan ruang niaga yang selesa memberikan impak baik untuk perniaga dan pengunjung yang ingin ke Tamu Putatan. Pasar ikan, Sayur dan barang niaga lain diletakkan dibawah satu bumbung membuatkan pembeli merasa selesa disebabkan apa yang mereka ingin beli berada berdekatan.
Apa yang kurang di Tamu Sementara Putatan adalah keadaannya jauh sedikit dari Jalan Utama dan menyebabkan pembeli yang bergantung dengan pengangkutan seperti Bas Mini terpaksa berjalan jauh sedikit untuk keluar dari kawasan Tamu. Dengan keadaan panas terik mereka terpaksa berjalan kaki 1.5KM untuk ke terminal bas terdekat.
Diharapkan ada perancangan baik sediakan untuk pengunjung yang ingin ke Tamu Putatan, kemudahan sebegini akan membantu sekaligus jumlah pengunjun dan pembeli. Kita ingin melihat Putatan maju dan mendapat tempias pembangunan yang sedang rancak di Kota Kinabalu.
Starring Putatan
